Thursday, August 5, 2010

Prospek Gaharu

• Penyemaian Benih. Terdapat 200 spesis pelbagai pokok Herba dan balak dengan lebih 40,000 anak pokok. Pembekal anak pokok seperti tongkat ali, karas (gaharu), sentang, jati emas, kenerak, kacip fatimah, mas cotek, nilam dan banyak lagi. Anak pokok karas kami adalah daripada semaian benih (biji).

• Gaharu mendapat pasaran yang agak luas dengan harga yang tinggi. Tanpa penanaman secara ladang, industri gaharu di Malaysia akan merosot tanpa bekalan yang konsisten dimasa akan datang.

• Komponen Minyak Gaharu
• Kandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.
• Penggunaan kayu karas dalam industri perkayuaan di mana kayunya digunakan dalam industri pembuatan kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, sarung senjata, chopstick dan lain-lain. Manakala kegunaaan gaharu banyak kepada upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan upacara kaum di Tibet. Ia digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah manakala di Papua New Guinea menggunakannya sebagai ubat-ubatan tradisional oleh masyarakatnya. Di masa sekarang ia turut digunakan sebagai bahan wangian dan kosmetik.

Ciri-Ciri Spesis Aquilaria
NAMA SAINTIFIK NEGERI / KAWASAN TABURAN SEMULAJADI CIRI-CIRI
1. Aquilaria Hirta Sepanjang Pantai timur, Terengganu, Pahang dan Johor Pokok Kecil dalam lingkungan 15m tinggi, permukaan bawah daun berbulu, daun berbentuk ovate oblong.
2. Aquilaria Beccariana Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor) Pokok sederhana dalam lingkungan 20m, urat kedua daun lebih jelas, daun berwarna kelabu tidak berkilat.
3. Aquilaria Rostrata Pahang (G. Tahan), habitat gunung. Urat kedua daun tidak jelas.
4. Aquilaria Malaccencis Terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils. Permukaan daun berkilat, runcing dan bujur
5. Aquilaria Microcarpa Johor dan kawasan bakau Pokok besar dalam lingkungan 36m, buah kecil berbentuk hati.

• PENGURUSAN TANAMAN POKOK KARAS
• Pokok Karas sesuai ditanam di antara kawasan dataran rendah hingga ke pergunungan pada ketinggian 0 – 750 meter dari paras laut dengan purata taburan hujan kurang dari 2000cm. Suhu yang sesuai adalah antara 27°C hingga 32°C dengan kadar cahaya matahari sebanyak 70%. Kesesuaian tanah adalah jenis lembut dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4.0 hingga 6.0.
• Biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan pembenihan, selalunya pembenihan di lakukan oleh nurseri untuk menjamin bekalan benih tanaman dalam volume yang besar dan berkekalan. Buah karas dari jenis Aquilaria Malaccencis adalah berbentuk kapsul, 3.5 cm hingga 5 cm panjang, ovoid dan berwarna coklat. Kulitnya agak keras dan berbaldu. Mengandungi 3 hingga 4 biji benih bagi setiap buah.
• Penanaman boleh dilakukan di tanah-tanah persedirian, tanah terbiar, hutan simpan atau tanah kerajaan negeri melalui permohonan. Ia juga boleh ditanam di ladang kelapa sawit, ladang kopi dan kebun di bawah pokok-pokok yang lain yang berumur antara 5 – 8 tahun. Teknik tanaman secara sistem selang atau intergrasi dengan 2 atau lebih tanaman juga boleh dilakukan. Teknik dari pendekatan Agroforestry, Inter-row planting dan Hedge planting juga boleh dilakukan.
• Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki, 10 kaki x 10 kaki, 10 kaki x 15 kaki dan sebagainya. Ia bergantung kepada teknik tanaman secara selang, intergrasi atau sebagainya. Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan keluasan diameter dan kedalaman 0.5 meter. Tanah dipermukaan dipadatkan dengan tangan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah dan elakkan pengaliran air di permukaan (surface water). Kadar pembajaan tidak boleh melebihi 100 gm bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15 sebayak 40 – 50 gm dan TSP sebanyak 40 – 50 gm semasa proses penanaman.
• Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja –kerja ini dilakukan dalam 2 – 3 kali setahun sehingga pokok berusia 5 tahun. Pengemburan 2 kali setahun adalah amat baik untuk memberi oksigen ke dalam tanah untuk melancarkan penyerapan makanan oleh pokok.

No comments:

Post a Comment