Thursday, August 5, 2010

Gaharu/ Agarwood

PENGENALAN POKOK GAHARU (AGARWOOD/AQUILARIA SP)
Pokok gaharu juga di kenali sebagai Agarwood adalah dari genus Aquilaria.
Kandungan bahan kimia yang terdapat dalam gaharu adlah resin atau alkaloid seperti sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone, agarospiral, jinkohol-eramol dan jinkool yang menghasilkan aroma wangi gaharu.
Kayu pokok gaharu agak lembut dan digunakan dalam industri kotak pembungkus, papan lapis, cenderamata, perabot, kasut wanita, chopstick dan lain-lain.
Manakala minyak gaharu pula diguna untuk upacara keagamaan Cina, Unanai, Ayurvedic dan Tibet serta digunakan sebagai pengharum rumah di Timur Tengah. Di Papua New Guinea sebagai ubat-ubatan tradisional.
Sekarang gaharu banyak digukan sebagai bahan wangian dan kosmetik

TABURAN POKOK GAHARU (MALAYSIA)

1. Aquilaria Hirta Pantai Timur Malaysia
2. Aquilaria Beccariana Selatan Malaysia
3. Aquilaria Rostrata Tengah
4. Aquilaria Malaccencis Seluruh Malaysia
5. Aquilaria Microcarpa Selatan Malaysia

TABURAN POKOK GAHARU (ASIA)

1. AQUILARIA SUBINTEGRA Thailand
2. AQUILARIA CRASSNA Thailand, Cambodia, Loas, Vietnam
3. AQUILARIA MALACCENSIS Thailand, India, Indonesia, Malaysia
4. AQUILARIA APICULATA Philippines
5. AQUILARIA BAILLONIL Thailand, Combodia, Loas, Vietnam
6. AQUILARIA BANEONSIS Vietnam
7. AQUILARIA BECCARIAN Indonesia, Malaysia
8. AQUILARIA BRACHYANTHA Malaysia
9. AQUILARIA CUMINGIANA Indonesia, Philippines
10.AQUILARIA FILARIA Nuegini, China
11.AQUILARIA GRANDIFLORA China
12.AQUILARIA HILATA Indonesia, Malaysia
13.AQUILARIA KHASIANA India
14.AQUILARIA MICROCAPA Indonesia, Malaysia
15.AQUILARIA ROSTRATA Malaysia
16.AQUILARIA SINENSIS China

KEPERLUAN IKLIM
1. Ketinggian 0 – 1000meter dari paras laut
2. Hujan 1000-2000cm
3. Suhu 26°C - 31°
4. Cahaya matahari > 50%
5. Tanah - liat atau berpasir banyak tidak sesuai
6. pH tanah antara 5.0 hingga 7.0.

CARA TANAMAN
1. Sendirian – jarak minima 8 x 8 kaki.
2. Intergrasi - Ditanam diantara pokok di kebun getah
Aquilaria

• Pokok spesies Aquilaria mempunyai anatomi yang luar biasa dan kandungan sel tumbuhan yang khusus di dalam Xylem yang bertindak untuk menghasilkan " Damar " (Resin).
• " Damar " yang terhasil secara mendadak dan dramatik akan menigkatkan berat dan ketumpatan kayu Gaharu yang terlibat.
• " Damar " mengandungi terpenes aromatic dan spesifikasi kimia lain yang menyumbangkan kepada bau aroma Gaharu yang unik.
• Kandungan yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada sesquiterpenes, sesquiter-pene alkohol, kompaun oxygeneted dan chromone. Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma/bau-bauan yang sangat wangi tanpa tambahan alkohol.
• Daripada 18 spesies keluarga thymelaeaceae taxonomy, hanya 8 spesies sahaja yang telah dikenalpasti menghasilkan " Damar " (Resin) iaitu agar, gaharu.
• Damar yang berkualiti tinggi terhasil daripada tindakbalas semulajadi pokok terhadap serangan fungi. Pembentukan " Damar " berlaku di teras dan akar pokok Aquilaria. Warna kayu yang menghasilkan Gaharu akan berubah daripada warna coklat pudar kepada warna coklat dan/atau hitam yang gelap.
• Pokok Aquilaria menghasilkan kadar " Damar " yang tinggi di kawasan tanah yang mengandungi komposisi organik yang mudah meruap dimana komposisi tanah itu membantu dalam menumpaskan dan/atau melambatkan pertumbuhan fungus.
• Kaedah pertanian moden melibatkanrawatan mekanikal danteknik peransang damar. Kaedah ini terbukti dapat menghasilkan jumlah " Damar " yang banyak terhadap pokok Gaharu yang masih muda.

Rawatan Mekanikal
• Kaedah rawatan mekanikal melalui proses penebukan lubang secara bersistematik adalah bertujuan untuk "mencederakan" pokok Aquilaria, Pada masa yang sama rawatan yang khas diberikan kepada pokok Aquilaria untuk meningkatkan keupayaan tindak balas semulajadi pokok bagi menghasilkan " Damar Gaharu ".
Teknik Peransang Damar
• Di dalam hutan semulajadi di Malaysia, hanya 7% pokok Gaharu yang dijangkiti Fungus ( endotrophic mycorrhizal fungi )menghasilkan damar.
• Di dalam kaedah pertanian Gaharu secara moden, selepas berumur 5 tahun, pokok Aquilaria akan melalui proses teknik peransang damar dimana serum ERIBS yang disuntik kepada pokok Gaharu akan menghasilkan enzim sel yang bertindak untuk memecahkan sel-sel yang berada di kawasan sel Xylem pokok. Tujuan teknik peransang damar ini adalah untuk menaikkan kadar pertahanan semulajadi pokok Gaharu terhadap ancaman serangan luar sambil menghasilkan damar.
• Kawasan pertanian Gaharu mestilah mempunyai kadar kelembapan yang tinggi supaya proses peransang damar boleh berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment